Bola Sepak Terkini

Khabar angin tunggakan gaji : tunggu saman daripada KDA FC!


Foto: UPDA

Kedah Darul Aman (KDA) FC kini sedang menyediakan notis saman kepada  pihak-pihak yang menularkan kononnya pasukan tersebut tidak bayar gaji dan menjadi punca prestasi tidak menentu dalam saingan Liga Super 2022.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pengurusan KDA FC menafikan perkara tersebut kepadanya semasa ditanya tentang khabar angin tersebut.

“KDA FC menyatakan tidak ada tunggakan gaji dan mereka sedang menyediakan notis saman kepada pihak-pihak yang menularkan konon KDA FC tidak bayar gaji kepada pemain.

“Tunggu surat saman dan selamat menjawab di mahkamah kepada pihak-pihak yang gatal tangan,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Muhammad Sanusi berkata, beliau juga tidak gembira dengan prestasi semasa Sang Kenari dan mengharapkan KDA FC dapat melakukan sesuatu untuk meningkatkan kembali prestasi pasukan.

Menurutnya, sebagai Presiden KFA, beliau tidak akan masuk campur dan menyerahkan sepenuhnya kepada KDA FC untuk menguruskannya.

“Saya juga seperti peminat yang lain, kita mahu Kedah menang.Saya difahamkan akan ada rundingan dengan pemain. Mungkin pemain-pemain yang cedera dan lambat pulih akan dipertimbangkan kedudukannya,” ujarnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: