Bola Sepak Terkini

Devan puas hati biarpun NSFC tewas minit akhir


Jaringan minit akhir penyerang JDT, Fernando Forestiere

pada masa kecederaam penghujung separuh masa kedua meranapkan impian Negeri Sembilan FC (NSFC) mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata namun pengendalinya, K Devan tetap berpuashati.

“Tahniah JDT, Tahniah. Saya berpuas hati dengan keseluruhan permainan pasukan saya pada malam ini,” kata Devan ringkas pada sidang media sebelum kembali masuk ke bilik persalinan pemain pada Rabu di Paroi pada Rabu.

Skuad Rusa hampir melakar kejutan untuk mengikat juara liga super lapan kali tersebut untuk terus kekal buat sementara di puncak kedudukan liga super 2022 namun dimusnahkan jaringan bertaraf dunia Forestiere.

JDT jelas menguasai sebahagian besar perlawanan dan hampir berada di hadapan melalui Arif Aiman, Mohd Afiq Fazail dan Bergson Da Silva namun dinafikan pasukan tuan rumah.

Kekalahan pertama NSFC setelah tujuh perlawanan menyaksikan pasukan itu kini jatuh ke kedudukan dua liga dengan 14 mata.

JDT pula kembali merampas takhta pendahulu Liga Super 2022 dengan 15 mata selepas lima perlawanan.

Harimau Selatan kembali memberikan tumpuan kepada Liga Malaysia selepas sebelum ini mereka dibenarkan memberikan tumpuan kepada perlawanan di pentas AFC Champion League 2022.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: