Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Misi tebus kekalahan ke atas Laos


Foto: FAM

Selain memburu kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B Bolasepak Lelaki Sukan Sea ke-31 ke atas Laos pada malam Rabu, pasukan muda kebangsaan mahu melunaskan kekalahan kepada pasukan sama selepas disingkirkan daripada Kejohanan B-23 AFF 2022 pada Februari lalu.

Pemain B-23 negara, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar berkata, dia dan pemain lain bersedia beraksi pada tahap terbaik dan enggan tewas dua kali kepada Laos di Phnom Penh, Kemboja berulang kembali.

“Kita nak tebus balik kekalahan yang lepas di AFF. Hari itu kita tewas dua kali. Kali ini skuad berbeza, inilah masanya untuk kita tewaskan Laos.

Alhamdulilah semua pemain tengah bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk bertemu Laos. Tapi kita tidak boleh pandang rendah dengan kekuatan lawan sebab mereka juga turut membuat persiapan rapi pada Sukan Sea ini,” katanya.

Muhammad Nur Azfar muncul wira pasukan B-23 Malaysia apabila menjaringkan gol kemenangan 2-1 pada masa kecederaan menewaskan pasukan pilihan, Thailand sebelum ini.

Jelas pemain tengah Terengganu FC II itu, pasukan kejurulatihan pasti akan merencanakan taktikal terbaik dengan menurunkan kesebelasan yang mampu mengutip tiga mata.

“Ketua jurulatih yang akan menentukan kesebelasan utama. Jika diturunkan sebagai pemain gantian, saya akan tetap memberikan aksi terbaik untuk membantu pasukan,” ujarnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: