Bola Sepak Terkini

PJ City nafi kemenangan KDA


Foto: KDA FC

PJ City FC bangkit mengikat KDA FC 3-3 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya selepas ketinggalan kepada pasukan pelawat pada aksi kelapan Liga Super 2022 pada Selasa.

KDA FC terlebih dahulu berada di hadapan melalui Ronald Ngah Wanja menjaringkan gol pada minit ke-20 selepas berlalu kekalutan dalam kotak penalti lawan

Tuan rumah kemudian menjaringkan gol penyamaan 1-1 pada minit ke-29 hasil sentuhan Darren Lok yang mudah menolak gol ke dalam gawang KDA FC.

Bagaimanapun, pelawat kembali berada di hadapan 2-1 apabila Ngah Wanja menjaringkan gol selepas memanfaatkan kuisan Syafiq Ahmad untuk memberikan kelegaan kepada mereka untuk kembali ke bilik persalinan pada rehat separuh masa pertama.

Ngah Wanja melengkapkan jaringan hatriknya pada minit ke-65 meletakkan Sang Kenari 3-1 di hadapan selepas menjaringkan gol hasil larian solo menewaskan empat pemain PJ City.

Kebangkitan tuan rumah bermula menerusi Mahali Jasuli merapatkan jurang kepada 3-2 pada minit ke-77 selepas menanduk masuk gol hasil sepakan percuma rakan pasukan.

Khyril Muhymeen Zambri kemudiannya menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-83 juga melalui tandukan selepas menerima hantaran sepakan percuma daripada Kogileswaran.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: