
Farroaupilha, Rio Garde do Sul. 6 Mei 2022.
Ramly Ismail meneruskan rentak kayuhannya hari ini dalam acara basikal Road Race bersaing bersama 52 atlet basikal Pekak dari 19 negara berjaya menempatkan diri ditangga ke 21 dalam catatan masa 3 jam 45 saat dalam perlumbaan sejauh 107km.
Pingat emas dan perak dimenangi oleh Steeve Touboul dan Paul Francis Servieres kedua-duanya dari Perancis manakala pingat gangsa oleh pelumba tunggal Belanda, Stouten Marc.
Pada pusingan pertama dan kedua semasa perlumbaan Ramli berada dalam kelompok pelumba-pelumba Pekak dunia. Walau bagaimanapun pada pusingan terakhir perlumbaan beliau mengalami kekejangan otot kaki kanan ketika kayuhan mendaki jalan berbukit memaksa Ramly memperlahankan kayuhan dan ketinggalan dari kelompok pelumba-pelumba dihadapan. Beliau terpaksa berpuashati menamatkan perlumbaan ditangga ke 21 dari 52 peserta.

Ramly Ismail, 42 tahun pelumba basikal Pekak Malaysia yang berpengalaman luas telah bergiat dalam dunia lumba basikal sejak belasan tahun berpuas hati dengan kayuhannya kerana perlumbaan berlangsung dalam cuaca yang sejuk diantara 8 – 11 darjah C, laluan berbukit yang amat mencabar fizikal dan mental.
Beliau telah membuktikan beliau adalah pelumba kedua terbaik diperingkat Asia-Pasifik yang hanya ketinggalan 1 minit 3 saat dibelakang pelumba basikal Pekak Jepun, Hayase Kentaro yang mencatat masa 2 jam 59 minit 42 saat.
Ramly Ismail akan meneruskan kayuhannya lagi dalam Mountain Bike (MTB) acara sukan basikal lasak pada 10 Mei 2022 yang merupakan acara terakhir penyertaannya dalam Deaflympic Brazil ini.
Add Comment