Bola Sepak

Negeri Sembilan rampas pendahulu Liga Super, Kedah longlai


Foto: NSFC

Pendatang baharu Liga Super 2022, Negeri Sembilan FC merampas sementara kedudukan pendahulu liga daripada JDT apabila menewaskan Sarawak United FC 2-1 pada perlawanan ketujuh pada Jumaat.

Kemenangan keempat pada musim ini ini buat skuad Rusa itu dengan dua lagi aksi seri menyaksikan mereka mengumpul 14 mata.

Pada perlawanan itu, NSFC ketinggalan apabila Boris Kok menanduk masuk sepakan percuma Lee Chang-hoon untuk gol pendahuluan Sarawak United pada minit ke-51.

Bagaimanapun, Herold Goulon menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum Matheus Alves meledak gol kemenangan pada minit ke-69 untuk kedudukan penuh 2-1.

Foto: Melaka United FC

Manakala di Alor Setar,  Naib Juara Liga Super tahun lalu, Kedah Darul Aman (KDA) FC tunduk 3-2 kepada Melaka United (MU) FC dan menyaksikan mereka jatuh ke tangga keempat dengan 12 mata.

Ronald Ngah meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-20, namun MUFC menyamakan kedudukan menerusi Ifedayo Omosuyi 1-1 tiga minit kemudian.

Syafiq Ahmad kemudiannya meletakkan kembali tuan rumah 2-1 di hadapan sebelum tamat babak pertama.

Pada minit ke-79, Emmanuel Oti berjaya membantu MUFC menyamakan kedudukan 2-2 untuk dan Ifedayo akhirnya menjaringkan gol kemenangan 3-2 pada masa kecederaan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: