Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Jersi Maradona bernilai RM40.33 juta


NEW YORK – Firma lelongan, Sotheby’s berkata, jersi  legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona yang dipakai semasa menjaringkan dua gol menentang England pada Piala Dunia 1986 berjaya dilelong pada harga AS$9.3 juta (RM40.33 juta).

Menurut firma lelongan itu pada Rabu, jualan tersebut merupakan satu rekod bagi barangan memorabilia sukan setakat ini dan tidak mendedahkan nama pembelinya.

“Tujuh pembida telah bersaing bagi mendapatkan jersi itu dalam lelongan yang bermula pada 20 April lepas dan berakhir pagi Rabu

“Baju bersejarah ini merupakan peringatan yang nyata tentang detik penting bukan sahaja dalam sejarah sukan tetapi dalam sejarah abad ke-20,” kata Ketua Pakaian dan Koleksi Moden Sotheby’s, Brahm Wachter dalam satu kenyataan selepas jualan itu seperti yang dipetik AFP.

Menurutnya, jersi tersebut antara baju bola sepak yang paling diidamkan dan pernah dilelong.

“Wajarlah ia kini memegang rekod lelongan untuk mana-mana objek seumpamanya,” ujarnya.

Jersi tersebut dimiliki bekas pemain tengah England, Steve Hodge yang menukar jersinya dengan Maradona selepas England tewas 2-1 pada perlawanan tersebut.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: