
Atlet Karate Pekak negara, Yilamaran a/l Vispalinggam menerima medal Perak acara Kumite -84kg, Deaflympics Brazil.
Yilamaran ketika ditemubual apakah perasaannya sebaik menerima pingat Perak pertamanya di Sukan Deaflympic, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Sri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Sukan Negara, Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), jurulatih, keluarga serta semua pihak yang telah memberi sokongan kepadanya.
“Saya sangat gembira dan berpuashati dengan pencapaian saya di Deaflympic Brazil kerana ini adalah penyertaan pertama saya di Sukan Deaflympic. Saya amat berbangga kerana dapat menghadiahkan pingat untuk negara serta juga negeri kelahiran saya Johor, kata Yilamaran a/l Vispalinggam ketika ditemubual selepas majlis penyampaian medal petang tadi.

Dengan kemenangan pada hari pertama kontinjen Pekak negara beraksi di Deaflympic Brazil semalam, kontinjen negara berpeluang menambah lagi jumlah kutipan pingat menerusi sukan-sukan lain iaitu badminton, basikal dan olahraga.
Ketika perlawanan penentuan pingat emas, Yilamaran a/l Vispalinggam bertemu dengan atlet Ukraine, Makhno Oleksanr yang lebih berpengalaman dan beliau juga adalah pemenang pingat Perak dalam acara yang sama pada Deaflympics edisi yang ke-23 di Samsun, Turki tahun 2017 lalu.
“Saya telah mencuba sedaya upaya untuk menewaskan Makhno tetapi beliau lebih berpengalaman untuk mengatasi saya”, komen Yilamaran lagi.
Add Comment