
Atlet Karate Pekak negara, Yilamaran a/l Vispalinggam menjadi wira Pekak negara apabila beliau meraih pingat Perak di final dalam acara Kumite -84kg petang tadi.
Dalam percubaan untuk meraih pingat emas Yilamaran, 22 tahun bagaimanapun tumpas ditangan atlet karate senior Ukraine, Makhno Oleksanr berumur 32 tahun yang juga adalah pemenang pingat Perak Deaflympic Samsun, Turki tahun 2017 lalu dalam kategori yang sama.
Pada sebelah pagi Yilamaran dalam laluannya ke final berjaya menumpaskan atlet karate Brazil, Israel (suku akhir) dan atlet Iran (separuh akhir) sebelum bertemu Makhno Oleksanr di final.
Ketua Kontinjen Pekak negara, Ong Shin Ruenn yang turut hadir menyaksikan perlawanan akhir bersejarah itu berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian Yilamaran kerana ini adalah penyertaan sulung atlet karate tersebut di Sukan Deaflympic dan berjaya meraih pingat Perak.
Dengan kenangan pada hari pertama kontinjen Pekak negara beraksi di Deaflympic Brazil kontinjen negara berpeluang menambah lagi jumlah kutipan pingat menerusi sukan lain iaitu badminton, basikal dan olahraga.
#DemiMalaysia #MSN #msdeafkongsi #malaysia #kualalumpur #deafsport #media #kbs #majlissukannegara #msn #bolasepk #biodata #deaflympics #DemiMalaysia #teammsdeaf #teammedia #kbs #MSDeafKongsi #Stayathome #socialdistancing #kitajagakita #MajlisSukanNegara #KementerianBeliadansukan #kualalumpur #deaf #sports #stayhealth
Add Comment