Antarabangsa Bola Sepak Komentar

Bermusuh di Liga Super, Bersatu di ACL


Bicara Otai Sukan

Oleh: Dr Pekan Ramli

Mungkin ramai pernah dengar ‘tagline’ ini, ‘we lead, others follow’. Ia merujuk kepada

sesuatu perkara baru atau idea baru di luar kotak pemikiran ramai orang atau apabila tercetusnya idea itu ramai yang melihatnya agak mustahil untuk dijayakan dan ada juga yang memandangnya dengan nada yang sinis.

Namun apabila ianya berjaya diterjemahkan dengan kejayaan atau sudah mula menampakkan tanda-tanda kejayaan dan sudah mula mendapat perhatian dan pujian ramai orang, maka ‘tagline’ ‘we lead, others follow’ akan muncul dan boleh menjadi pencetus kejayaan berterusan atau suatu fenomena baru.

Foto: JDT FC

Saya sebenarnya nak merujuk kepada sejarah bolasepak negara yang baru tercetus Sabtu lalu. Sebuah pasukan yang dicemburui dan dibenci oleh kebanyakan pesaing dan penyokong di liga tempatan tetapi dihormati oleh pasukan-pasukan atau kelab bolasepak di luar negara.

Mereka baharu sahaja membuktikan bahawa kelab ini sememangnya layak dinobatkan sebagai pasukan atau kelab yang berada pada ‘kasta brahmin atau brahmana’ bukan sahaja di negara ini tetapi juga di Asia. Bahkan mereka sedang mengintai untuk turut dihormati di persada bolasepak dunia suatu hari nanti.

Tidak lain tidak bukan ianya merujuk kepada kejayaan Johor Darul Takzim (JDT)

 

di Asian Champion League (ACL). Pada saat penentuan hidup atau mati bertemu juara 2 kali (2012 & 2020) Ulsan Hyundai dari Korea Selatan, kelab bolasepak elit dari Malaysia’ iaitu Johor Southern Tigers’ berjaya menconteng arang buat kali kedua apabila menang 2-1 ke atas jaguh Korea Selatan itu. Sekaligus muncul juara Kumpulan I untuk menjadi kelab pertama Malaysia mencetus fenomena berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik Asia.

Kekalahan Ulsan Hyundai yang tersingkir di peringkat kumpulan ternyata amat memalukan dan memedihkan bekas jaguh Asia ini. Pemain-pemainnya dikatakan menjadi mangsa maki hamun jurulatihnya dibilik persalinan (ini suasana biasa kepada pemain-pemain Korea sejak dulu lagi). Namun mereka sukar menerima kekalahan dua kali ini kepada kelab

bolasepak dari Malaysia (yang terlalu cetek pengalaman di ACL).

Agak risau juga untuk saya bercakap tentang kejayaan JDT ini. Takut nanti ada orang kata saya nak membodek JDT atau pemiliknya Tengku Mahkota Johor (TMJ). Jangan risau, saya tak dapat apa-apa pun bayaran. Saya bagi pandangan dan analisis yang jujur dan tidak berpihak kepada mana-mana individu atau pasukan. Terus terang saya ‘respek’ dan ‘terpukau’ dengan aksi JDT di ACL ini kecuali ketika tewas besar 0-5 kepada Kawasaki Frontale dalam pertemuan kedua mereka (kalah boleh diterima tetapi bukan sampai 5 biji).

Lain-lain perlawanan saya memang memuji persembahan mereka dan seolah-olah saya sedang menyaksikan sebuah kelab bolasepak luar negara yang sedang beraksi di depan televisyen. Ini bukan puji

sembarangan tetapi ianya berasaskan kepada corak permainan berkualiti tinggi yang dipamerkan oleh pemain JDT pada ACL ini.

Foto: JDT

Mereka semuanya bagus, bermain sebagai satu pasukan yang jitu. Tidak timbul soal ‘alah nasib je tu…..tu pun sebab ramai pemain naturalisasi dan import’. Hallo…..ini saingan antara Juara Kelab2 Terbaik Asia ya…..lupakan soal pemain tempatan dan import, yang penting mereka ini mewakil kelab dari Malaysia bukan negara masing-masing.

Adakah kita nak menafikan kehebatan pemain-pemain JDT seperti Farizal Marlias, Shahrul Saad, Nazmi Faiz Mansor atau Arif Aiman. Harap-harap mereka tak koyak bila bersama Kim Pan Gon nanti.

Bab ACL ini, janganlah biarkan JDT

berseorangan atau yang menyokongnya hanya yang ada ‘cop bangsa Johor’ sahaja. Memang ramai peminat dan penyokong bolasepak yang buat tak hirau bila sebut team ‘bangsa Johor’ ini. Ya saya faham, tetapi untuk ACL ini kita buangkan sifat kebencian itu, ayuh kita bersepadu menyokong JDT dan semoga dari kelompok 16 terbaik, JDT melangkah ke 8 terbaik, atau 4 terbaik atau 2 terbaik atau……….aminnnnn

Kita dah lama bersedih dan geram bila bercakap pasal bola ni. Banyak sangat perkara-perkara negatif. Bersiap ke Sukan Sea pun ala kadar, tewas dalam sejarah 1-2 pada Timor Leste (nasib baik ‘friendly’), kalau ‘real’ mahunya tak terbakar lagi netizen. Tapi ingat itu ‘wake call’ pada skuad Brad Maloney menjelang aksi pertama menentang Thailand 7 Mei nanti

di Sukan Sea Vietnam. Jangan bulan Mei ini nanti adalah ‘Mayday’ pula untuk bolasepak Malaysia.

Apapun sebenarnya kita sedang bercakap tentang suatu perkara yang boleh membawa kita kejayaan dalam bidang apa sekali pun iaitu ‘passion’. Kalau sifat ini tiada dalam jiwa siapa pun pemiliknya, melaburlah segunung emas, hasilnya akan ke laut juga. ‘Passion’ juga bukan milik seseorang sahaja tetapi seseorang itu harus mendorongnya untuk menjadikannya milik bersama jika sama-sama ingin mengecapi kejayaan.

Itulah yang ada pada JDT dan pemiliknya. Justeru kejayaan JDT di ACL setakat ini telah membuka jalan lebih luas kepada pasukan dari Malaysia. Slot untuk pasukan dari Malaysia dikatakan akan bertambah

 

pada saingan ACL pada musim 2023 atau 2024 nanti. Justeru elok kita berkongsi satu  ‘tagline’ baru dari ‘we lead, others follow’ kepada ‘JDT lead, others must follow’. Bermusuh di Liga Super tetapi bersaudara di ACL…..

Tamat

 


1 Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

  • Ini bukan lagi mimpi, yg terang lagi tersuluh, tiga huruf keramat (JDT).. Mcm2 boleh di tafsir sekarang “JOHAN DALAM TANGAN” “JOHOR DEMI TUNKU”
    Tahniah JDT, TAHNIAH TUNKU, kerana menyatukan peminat bolasepak Malaysia. We proud with U.

%d bloggers like this: