Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Blackburn Rovers anjur program solat raya Aidilfitri


Tindakan Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Blackburn Rovers menganjurkan program solat hari raya Aidilfitri Eid Prayers @ Ewood Park pada Syawal mendapat reaksi positif penyokong bolasepak.

Memetik kenyataan laman rasmi kelab tersebut, program berkenaan diadakan di Corporation Park bermula 9 pagi hingga 10 pagi dan dijangka dihadiri kira-kira 1,000 muslim.

Kebenaran Blackburn Rovers yang membenarkan stadium utamanya digunakan bagi program solat raya pada 2 Mei difahamkan merupakan sejarah baharu kepada mereka.

Kelab tersebut juga menjadi kelab bolasepak pertama di United Kingdom menjemput umat Islam untuk solat raya di stadium utama mereka.

Program itu juga dibuka kepada warga Blackburn Rovers Community Trust selain dihadiri kakitangan Blackburn Rovers.

Solat hari raya Aidilfitri bakal dipimpin oleh Sheikh Wasim Kempson.

Dalam pada itu, pengangkutan bas percuma juga disediakan bermula dari Corporation Park dan Queen’s Park namun tertakluk pada permintaan penduduk setempat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: