Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Hadiah terbaik Aidilfitri kami – TMJ


Foto: JDT

Kejayaan mara ke peringkat 16 terbaik AFC Champion League 2022 selepas muncul juara Kumpulan I merupakan hadiah terbaik buat gergasi bolasepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) sempena Aidilfitri pada tahun ini.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui perkara tersebut sambil menyifatkan sebuah lagi sejarah terukir untuk kelabnya selepas empat tahun bersaing di pentas ACL.

“Saya bersyukur kerana kita membuktikan daripada awal musim lagi hingga hari ini tetapi bukan mudah kerana mereka adalah pasukan yang terbesar dan terbaik dalam Asia.

“Jadi untuk kami berada di sini memberikan saingan kepada mereka saya bersyukur dan saya mengucapkan syabas kepada pasukan, jurulatih dan setiap pemain,” katanya secara eksklusif kepada Cakap Sukan.

Tunku Mahkota Johor berkata demikian selepas meraikan kejayaan JDT menundukkan gergasi bolasepak Korea Selatan, Ulsan Hyundai 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan Harimau Selatan muncul juara Kumpulan I selepas mengutip 13 mata hasil empat kemenangan, satu seri dan satu tewas.

Tambah TMJ, kejayaan tersebut adalah hadiah hdiah terbaik sempena kehadiran Aidilfitri selepas mengecapi pelbagai kejayaan di dalam dan luar padang sebelum ini.

Selain Ulsan Hyundai, gergasi Jepun iaitu Kawasaki frontale juga gagal meloloskan ke peringkat seterusnya berikutan mereka bergantung pada slot tempat kedua terbaik dalam kumpulan.

Namun harapan itu berkecai selepas  kedudukan terkini terarah kepada Melbourne City dan Kitchee FC untuk merebut satu lagi slot terakhir tempat kedua terbaik.

Pusingan kedua ACL 2022 dijangka akan berlangsung pada 18 / 19 Ogos dalam aksi tiada timbal balik dan JDT selaku juara Kumpulan I akan menjadi host untuk pusingan ini dengan lawan akan ditentukan selepas tamat kesemua perlawanan untuk kumpulan lain


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d