
Bicara Otai Sukan
Oleh: Dr Pekan Ramli
Setiap minggu bercakap pasal bola. Niat dihati nak berubah ke topik lain. Namun ada kejutan berlaku kelmarin. Inilah keajaiban yang berlaku bila Skuad Bolasepak Sukan Sea kita dalam aksi pembukaan semalam mengejutkan Thailand 2-1.
Dalam persiapan yang caca merba, latihan pusat yang pendek dan tak cukup pemain, tewas kepada Timor Leste pada aksi persahabatan, skuad kita dilihat bagai membina landasan ke laut. Apapun TAHNIAH dengan kejayaan itu. Buktinya skuad Brad Maloney memang ada ‘raw material’ yang baik cuma perlu diadun
(integrate) agar bersepadu dengan padu dan jitu, lagi lama dan kerap diadun bersama rasanya ianya lebih sebati dan lebih power macam ‘kari mamak’.
Namun nasib Thailand juga tidak begitu baik dalam aksi pertama ini khususnya sebelum mereka tinggal 10 pemain sebelum tamat separuh masa pertama. Corak permainan skuad ini jelas lebih matang, lebih ‘organize’ dan bermain dengan ‘relaks’ walaupun skuad Gajah Perang ini juga sedikit huru hara dan ‘last minute’ persiapannya sama masalah dalaman liganya seperti Malaysia.
Apapun saya seperti kuat untuk menyatakan bahawa Thailand salah satu pasukan yang akan membuat perhitungan pingat emas pada acara ini. Malaysia pula boleh membuat kejutan jika ‘spirit JDT’
menyerap masuk dalam pemain kita. Jangan terlalu yakin, masih banyak cabaran berliku menanti di hadapan.
Bagi saya acara sukan yang paling penting dan istimewa yang perlu dimenangi sekarang bukan lagi acara ‘riben biru’ atau larian pecut 100 meter. Siapa pun tak ambil kisah lagi siapa bakal ‘raja atau ratu pecut’ acara ini atau untuk meraikan kejayaan menang acara itu secara berterusan. Paling tidak gemanya hanya seketika sahaja dan lenyap akhirnya.
Tetapi percayalah jika menang acara bolasepak ini, yang berpuluh-puluh ribu di stadium, yang berjuta-juta menonton di tv, yang beribu-ribu membunyikan hon kenderaan serta yang berkinja-kinja di cafe dan warung mamak serta warkop-warkop (untuk Indonesia) termasuk mereka yang
bersorak menjerit terpekik terlolong di dalam atau di luar stadium, inlah ‘havocs’nya, inilah fenomenanya yang tercetus dari sukan bolasepak ini. Menang emas bolasepak ini, yeyyy…dapat cuti istimewa sehari. Coach boleh dapat Dato……boleh ke? Eh dulu boleh…..dulu lain, dulu lokal coach….banyak terima twettt….ohhh ya ke!!!
Itulah baru betul-betul ‘Ibu kepada segala pingat emas’. Sasaran 36 emas kontinjen Malaysia samada tercapai atau tidak pun peminat sukan negara dah tak ambik kisah kalau bolasepak berjaya sumbang pingat emas. Sebab itu lepas ni kita kena ‘all out’ dan betul-betul ‘prepare’ team bolasepak kita walaupun hanya temasya ‘Sukan Sea’…sebab sukan ini ada nilai istimewa dan sangat nostalgik berbanding temasya lain. Kita doakan skuad bolasepak Sukan
Sea negara mampu melakar keajaiban membawa pulang pingat emas nanti….aminnnn

Baiklah saya terpaksa lupakan sejenak cerita bolasepak ni. Dunia sukan negara juga dikejutkan berita pembedahan jantung ‘open heart’ yang terpaksa dilakukan segera ke atas jaguh trek basikal dunia Datuk Azizuhasni Awang yang dikesan menghidap Anomalous Right Coronary Artery dan telah selamat menjalani pembedahan pada 21 April lalu di IJN.
Kini beliau telah pulang berehat bersama keluarganya di Melbourne, Australia. Bertuahnya beliau sebagai atlet ternama, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang diberi perhatian serius atas kebajikan dan kesihatannya. Semoga
‘Jijoy’ kembali sembuh dengan segera dan dapat beraksi kembali pada Paris 2024. Apapun kita hanya mampu merancang dan Allah swt lebih tahu disebalik perancangan itu dan perancangan Allah itulah yang sebaik-baiknya untuk kita.
Pada saat negara di landa pandemik ini, begitu ramai atlet dan bekas-bekas atlet yang sedang dilanda musibah, ada yang masih lagi aktif dan sihat tetapi hidup tersiksa menanti sumber pendapatan yang dijanjikan tetapi belum kunjung tiba. Manakala ramai yang sudah tidak aktif tiada lagi sumber pendapatan ditambah pula ada ramai juga yang sedang berdepan dengan ujian penyakit……” Ya Allah, sembuhkan mereka dan berikan kembali kehidupan yang mengembirakan untuk meteka sepertiman mereka pernah mengembirakan kami ketika meteka sihat
dahulu…..aminnnn”.
Pada hari lebaran ini, tiada jurang pemisah antara miskin dan kaya. Taraf kehidupan sudah bermula saat kehadiran bulan ramadan lagi. Sama-sama baik yang kaya atau yang miskin, sama-sama menahan lapar dan dahaga biarpun mampu membeli apa sahaja. Mungkin berbezanya saat berbuka puasa, yang mampu mungkin kerap berbuka puasa di buffet ramadan di hotel-hotel 5 bintang, manakala yang tidak mampu berbuka ala kadar sahaja.
Begitu juga dengan kehidupan seorang atet. Ada atlet yang kaya raya dan sudah pasti juga ada atlet yang miskin, bertuahlah mereka yang kaya itu. Siapa kata jadi ahli sukan tidak boleh kaya raya. Baru-baru ini bekas jaguh dunia dan bekas

atlet negara Datuk Lee Chong Wei menjadi orang Malaysia pertama memiliki kereta BMW iX xDrive 40 Sports yang berharga hampir setengah juta. Bangga kita dengan bekas jaguh badminton negara ini yang dikatakan memiliki pelbagai koleksi kereta mewah lain sebelum ini termasuk BMW6, Ferrari F430, Bently dan lain-lain
Semoga DLCW terus sihat dan bebas sepenuhnya dari kanser hidung yang dialaminya. Lee Zee Jia bagaimana? Mampukah bergerak jauh seperti Lee Chong Wei…..sukar rasanya kerana zaman ini lebih getir lagi untuk beliau bahkan juga kepada pemain-pemain lain…..
Saya juga tertarik untuk menyentuh tentang skuad hoki kebangsaan. 4 perlawanan persahabatan di Perth, Australia bersama skuad kebangsaan Australia pada 21 – 28 April lalu. Kenapa
boleh tewas dalam kesemua perlawanan.
Tewas 3-0 kemudian 7-0, tewas lagi 5-0 dan di akhir siri tewas lagi 3-0. Nasib baik hoki tewas kepada pasukan nombor satu dunia bukan Timor Leste. Kita tahu memang sukarlah nak menang dengan pasukan nombor satu dunia tapi yang dipersoalkan adalah kita bukan saja tewas tapi terma yang boleh digunakan oleh media biasanya jika merujuk keputusan ini adalah setiap perlawanan kita ‘di belasah’ oleh Australia.
Tambah malang dalam 240 minit kita gagal menghasilkan sebiji gol. Kita tahu pasukan Australia paling bijak dapatkan kesalahan untuk pukulan sudut penalti, senang saja mereka sasarkan bola ke kaki pemain Malaysia. Apa pun Coach Arul mungkin sudah banyak catatan untuk
digunakan pada Piala Asia di Jakarta pada 23 Mei hingga 1 Jun nanti
Oh ya, sudah sampai waktunya saya ingin nak menyentuh tentang pemberian pingat yang membawa gelaran kepada ahli-ahli sukan negara yang mencapai kejayaan di sukan olimpik dan sebagainya tetapi masih lagi aktif meneruskannya kerjayanya.
Saya syorkan anugerah dengan gelaran ini diberikan apabila mereka umumkan persaraan, walaupun berjaya di tahap olimpik, paralimpik atau dunia sekalipun, tak payahlah pemimpin-pemimpin kerajaan negeri berebut-rebut nak bagi anugerah dwngan gelaran dato kepada mereka walaupun mereka anak negeri, sabar-sabar…tak lari ke mana pun, kita paham nak beri awal sewaktu atlet ini
masih aktif atau nak juga ‘mileage’ atau ‘self mileage’ dan rasa bangga. Bukan apa, bila bagi gelaran Dato awal-awal lagi sedangkan atlet tu masih aktif, masih perlu berlatih, masih perlu datang latihan ikut masa yg ditetapkan oleh pengurus dan juruatih (pengurus dgn jurulatih belum bergelar Dato), ujudlah ‘inferior complex’ kat sini, walaupun ianya bukan isu besar sebab ramai atlet yang bergelar dato di Malaysia ramai yang belum lupa diri. Tapi ada banyak juga isu terpencil yang mereka tak mahu ‘highlight’kan dalam bab ini
Takpelah saya pun faham….
Saya pun macam terlepas pandang dalam hal atlet yang patut juga dipertimbangkan untuk anugerah Dato ni….kadang-kadang orang luar senang-senang je kita bagi Dato, dan kadang-kadang ada artis(segelintir je bukan semua) yang tak
sepopular mana pun tiba-tiba dah bergelar Dato….tak taulah sumbangan mereka kepada negara atau dalam industri itu sudah segunung emas atau dah sampai ke level sepatutnya ke? Apa pun tahniah diucapkan bukan dengki….ini pun sebab ramai yang mengadu kepada saya.

Saya cuma nak minta perhatian untuk pertimbangkan gelaran Dato ini diberikan kepada Shalin Zulkefli…..dia dah bersara selepas lebih 25 tahun hidup berhamba dengan sukan boling ni……terlalu banyak jasa dan sumbangan beilau kepada sukan boling ini, bukan setakat pingat kaleng-kaleng mcm Sukan Sea (20 pingat emas), tapi sampai gelaran dunia (2 kali Kejuaraan Boling Dunia), Pemain No 1 Asia dan macam-macam lagi. Dia idola boling anak-anak melayu bahkan anak bangsa lain juga. Tapi sayang nama Shalin sering
saya tunggu tapi belum lagi muncul……agaknya nak kena tggu anugerah membawa gearan Dato dari Baginda Yang Di Pertuan Agong yang ternyata lebih prihatin agaknya nanti. Ampun Tuanku…..sembah patik harap diampun…
Oh ya, satu lagi nama, perenang sensasi negara kita dahulu yg pernah mengegarkan kolam renang di pelagai temasya di peringkat serantau dan Asia. Namanya juga menjadi sebutan. Nurulhuda Abdullah (23 pingat emas Sukan Sea) juga idola sukan renang negara kita yang bukan sahaja berjaya dalam sukan tetapi juga dalam pendidikan. Saya sekadar membawa kita mengimbas sedikit kehidupan ahli-ahli sukan kita.
Begtu juga dengan kami orang media
sukan ini walaupun sudah berpuluhtahun bergelumang, menulis, mengulas tetapi jarang-jarang juga diberi perhatian bab pingat-pingat ini. Kami tak kisah pun walau ada kawan kami yang memanjat sendiri ke istana negara atas nama presiden utk mengejar anugerah….alhamdulillah dia berjaya, tahniah diucapkan…..marah yang lain-lain….takpe rezeki Allah swt yang tentukan….kita tak layak kawan-kawan.
Sedarlah diri kita, Kita ini juga diibaratkan umpama lilin yg membakar diri untuk menerangi diri orang lain, tiada kami umpama makan tidak bersambal atau berulam, ada bagai tidak menambah kalau tiada mcm ada yg kurang. Kadang-kadang ibarat terlebih budu hilang sedap sebungkus kerabu.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF
ZAHIR DAN BATIN.
Add Comment