
JODOH Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Robert Douglas Friend dan Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Peter Cklamovski bersama skuad kebangsaan akhirnya terlerai apabila ditamatkan berkuat kuasa 1 Jun 2o26.
Selain itu dua staf teknikal skuad senior, Matthew Smith serta Seiya Imazaki juga ditamatkan atas persetujuan bersama, berkuat kuasa pada 16 Jun 2026.
FAM menerusi kenyataan media memaklumkan Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend, telah ditamatkan melalui persetujuan bersama antara beliau dan FAM, berkuat kuasa pada 1 Jun 2026.
“Kontrak Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Peter Cklamovski dan dua staf teknikal skuad senior, Matthew Smith serta Seiya Imazaki juga ditamatkan atas persetujuan bersama, berkuat kuasa pada 16 Jun 2026.
“FAM juga ingin memaklumkan bahawa kontrak Ketua Jurulatih Pasukan B-23 Kebangsaan, Nafuzi Zain dan jurulatih penjaga gol, Mohd Yazid Mohd Yassin turut ditamatkan atas persetujuan bersama, berkuat kuasa pada 15 Jun 2026.
“FAM menghormati keputusan yang dibuat dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama pasukan kebangsaan,” ujar kenyataan tersebut.
Bagi memastikan kelancaran hala tuju dan kesinambungan program pasukan kebangsaan, FAM sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya berhubung pengisian jawatan-jawatan berkenaan.
Sebarang perkembangan lanjut mengenai pasukan kebangsaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.







Every day is a new beginning
Hahahaha You are so good
Good a blog toper