
TERIMA Kasih Dato’ Zuraidi Rahim, Impian Himpunkan Skuad 1993 Akhirnya Tercapai
Bekas pemain Kedah, Faridzuan Che Hamid gembira apabila perbincangan bersama anak jati Langkawi, Dato Zuraidi Rahim jadi kenyataan apabila berjaya menghimpunkan semula rakan-rakan seperjuangan era 1993 dalam satu perlawanan persahabatan yang penuh makna antara bekas pemain Malaysia dan Singapura hujung Ogos depan.
Menurut beliau, pertemuan ini bukan sekadar mengimbau kenangan lalu, sebaliknya menjadi platform mengeratkan semula ikatan persahabatan yang telah terjalin sejak lebih tiga dekad lalu di atas padang.
Faridzuan yang juga anak jati Pulau Tuba merakamkan penghargaan kepada Dato’ Zuraidi Rahim atas sokongan dan komitmen dalam merealisasikan pertemuan istimewa tersebut.
“Ini bukan sekadar nostalgia. Yang lebih penting ialah persahabatan yang kekal utuh antara bekas pemain Malaysia dan Singapura.

Terima kasih kepada Dato’ Zuraidi Rahim yang banyak membantu menjayakan pertemuan ini,” katanya.
Perlawanan persahabatan itu menjadi bukti bahawa walaupun masa berlalu, semangat kesukanan dan persahabatan yang terjalin sejak era kegemilangan bola sepak dahulu terus kekal mekar.







Add Comment