Antarabangsa Bola Sepak Piala Dunia 2026 Terkini

Kecederaan Verbruggen resahkan kem Oranje

Kami berharap, tetapi kami perlu lihat sejauh mana dia benar-benar pulih,

TAHAP kecergasan penjaga gol utama, Bart Verbruggen yang mengalami kecederaan ketika aksi persahabatan menentang Uzbekistan di New York menghadirkan kebimbangan buat kem Belanda menjelang aksi pembukaan Piala Dunia menentang Jepun, Ahad ini.

Benteng terakhir kem Oranje itu  terjatuh dengan kuat selepas berlanggar ketika cuba menangkap bola ketika kemenangan 2-1 itu, sebelum terpaksa dikeluarkan susulan kecederaan.

Pengendali Belanda, Ronald Koeman memaklumkan pemain tersebut tidak mengambil bahagian dalam latihan.

“Kami perlu tunggu dan lihat serta berharap dia boleh terbabit pada Ahad ini. Ia hanya lebam, jadi kami belum tahu lagi bagaimana keadaannya pada Ahad.

“Kami berharap, tetapi kami perlu lihat sejauh mana dia benar-benar pulih,” tegasnya.

Mark Flekken menggantikan Verbruggen ketika menentang Uzbekistan, manakala pilihan ketiga adalah Robin Roefs yang melakukan penampilan sulung minggu lalu ketika Belanda tewas pada aksi persahabatan di tangan Algeria di Rotterdam.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading