Bola Sepak Semasa Terkini

Sang Kenari ‘bedah siasat’ punca prestasi merundum


Foto: KDA FC

Bekas pemain bolasepak Kedah, Khamal Idris Ali yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman (KDA) FC mengadakan pertemuan dengan pasukan Liga Supernya dengan melakukan bedah siasat bersama barisan kejurulatihan dan pemain mencari punca kekalahan tiga perlawanan sebelum ini.

Menurut laman Facebook KDA FC, tindakan segera perlu diambil bagi meniup semangat pemain untuk terus bermotivasi dalam menghadapi dua perlawanan seterusnya.

“Pengurusan KDA FC prihatin perlunya ada pembaharuan dari segi semangat dan pendekatan setiap perlawanan.

Foto: KDA FC

“Aksi bertemu PJ City FC Selasa ini di Petaling Jaya dan aksi bertemu Negeri Sembilan FC di Alor Setar 17 Mei ini adalah kayu pengukur kebangkitan skuad Sang Kenari,” katanya.

Jelasnya, beberapa langkah akan diambil bagi memberi dimensi baru dalam pasukan menjelang aksi Piala AFC Jun ini.

“Dalam suasana kem yang mencari aura kemenangan semula, lontaran kata-kata semangat penyokong amat diperlukan bagi memberi aura positif untuk memburu 3 mata.

“Sokongan padu pasti menjadi satu doa untuk skuad Sang Kenari melupakan aksi lepas dan terus bangkit untuk kekal di kelompok atas carta Liga Super,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: