Antarabangsa Lain-Lain Olahraga Semasa

Kontinjen Malaysia tiba di San Paulo, Brazil


Ketibaan kontinjen di Airport San Paulo, Brazil telah disambut oleh wakil Kedutaan Malaysia (Trade Commissioner) En. Radihisham Ismail dan isterinya sebelum kontinjen mengambil penerbangan domestik ke Airport Algere Porte.

Ketika di Airport Alegre Porte, kontinjen Malaysia disambut oleh wakil pihak penganjur untuk dibawa ke penginapan rasmi kontinjen Malaysia di IBIS Hotel Farroupilha, Brazil.

Pihak penganjur turut menyediakan Deaflympics Square (Centre point) seperti temasya sebelum ini. Deaflympics Square tersebut akan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mei 2022. Kontinjen yang telah tiba perlu membuat pengesahan di sini  dan akan dibekalkan dengan kad akreditasi serta sim kad.

Atlet baru dari sukan badminton, berbasikal dan olahraga dan karate perlu menjalani ujian pendengaran di Deaflympics Square bertempat di Zon 3. Atlet yang telah selesai menjalani ujian tersebut akan diberikan kad akreditasi.

Atlet telah memulakan sesi light warm up & stretching pada jam 9 Pagi (Local Time). Latihan penyesuaian akan bermula pada 28 April 2022 di venue yang telah ditetapkan oleh urusetia penganjur.

Jadual akan dikemaskini secara online di laman web rasmi temasya:  https://www.deaflympics2021.com/sports/


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: