Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

JDT gagal berpesta gol, Guangzhou bertahan habis-habisan


Foto JDT FC

Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berpuashati dengan kemenangan 2-0 ke atas Guangzhou pada aksi kelima AFC 2022 di Stadium Sultan Ibrahim.

Tiada pesta jaringan dipamerkan oleh anak buah Benjamin Mora seperti perlawanan pertama yang menyaksikan mereka menang 5-0 ke atas skuad muda kelab China tersebut.

Guangzhou mempamerkan disiplin tinggi bermula minit pertama dengan bertahan habis-habisan dan mematahkan serangan Harimau Selatan yang menguasai lebih 80 peratus perlawanan.

Gol pertama JDT muncul pada minit ke-16 hasil sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Bergson Da Silva.

Jaringan kedua JDT juga muncul menerusi Bergson Da Silva yang bijak menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa kedua pada minit ke-94 untuk kedudukan 2-0.

Pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas Ramadan Saifullah dikasari ketua pasukan Guangzhou, Yan Xin.

JDT kembali merampas pendahulu Kumpulan I dengan mengumpul 10 mata selepas lima aksi dan berkongsi mata sama dengan Ulsan Hyundai di tangga kedua yang menewaskan Kawasaki Frontale 3-2 pada satu lagi aksi.

Kawasaki Frontale pula kini mengumpul lapan mata berada di tangga ketiga manakala Guangzhou berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Penentuan pendahalu Kumpulan I bakal ditentukan menerusi pada aksi akhir JDT menentang Ulsan Hyundai manakala Kawasaki Frontale akan melayan kunjungan Guangzhou pada 30 April ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: