Bola Sepak Semasa Terkini

Pemain, pegawai Perak FC terima duit raya RM1,000 seorang


Foto Bernama

Menteri Besar Perak,  Datuk Seri Saarani Mohamad memberikan sedikit kegembiran kepada The Bos Gaurus apabila menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada  pemain dan pegawai pasukan utama tersebut pada Rabu.

Bercakap pada sidang akhbar, beliau berkata, 50 pemain dan pegawai Perak FC menerima duit raya sebanyak RM1,000 seorang daripada kerajaan negeri sebagai persediaan menjelang Syawal minggu hadapan.

Foto : Perak Football Club

“Kita menyumbang sedikit duit raya kepada 50 pemain dan pegawai Perak FC. Ia adalah untuk sumbangan raya, yang mana kita memberi RM1,000 setiap seorang untuk perbelanjaan raya,” katanya seperti yang dipetik melalui Berita Harian.

Terdahulu, Saarani menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Junjing Silicon Technology Sdn Bhd di pejabat Menteri Besar.

The Bos Gaurus kini dihimpit masalah tunggakan gaji yang serius sehingga menyaksikan para penyokong turut tampil membuat kutipan derma kepada pasukan tersebut.

Pasukan yang kini dalam proses pertukaran pemilik ini berada di kedudukan tercorot Liga Premier 2022 selepas mencatatkan satu kemenangan dan empat tewas.

Bagaimanapun Perak FC kini memungut negatif enam mata susulan pemotongan sembilan mata oleh First Instance Body (FIB) disebabkan oleh masalah gaji.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: