Bola Sepak Terkini

JDT masih berpeluang mara ke peringkat 16 terbaik


Foto : JDT FC

Oleh: Izahar Atan @IA

Selepas pasukan Shanghai Port menarik diri daripada saingan AFC Champions League(ACL) musim ini susulan peningkatan kes Covid-19 di negara itu dan kekalahan 0-5 ditangan pasukan Kawasaki Frontale tempoh hari, dimanakah kedudukan pasukan JDT bagi memberi saingan untuk lolos ke peringkat seterusnya.

Hanya tiga pasukan tempat kedua terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan 16,setelah penarikan diri Shanghai Port kekurangan satu pasukan ini turut memberi kesan kepada penentuan 16 pasukan yang akan mara ke pusingan kalah mati.Ia bermakna hanya 3 pasukan di tempat kedua terbaik sahaja akan mara ke pusingan kalah mati bersama juara kumpulan masing masing.

Dalam erti kata lain untuk mengelakkan keraguan,dalam menentukan tiga kelab terbaik di tempat kedua yang akan layak ke pusingan 16,keputusan perlawanan yang membabitkan kelab berada di kedudukan tercorot dalam semua kumpulan F,G,H dan I tidak akan dikira.Disebabkan perkara itu maka tiga mata yang diperolehi JDT tempohari ketika menentang Guangzhou FC tidak dikira.

Walaubagaimana pun peluang JDT tetap masih ada jika memenangi dua baki perlawanan seterusnya bagi mengukuhkan kedudukan kedua dalam kumpulan I,yang paling penting kemenangan ketika menentang Ulsan Hyundai pada pertemuan  kedua nanti,jika JDT menang 7mata diperolehi sebagai tempat kedua dalam kumpulan I yang masih berpeluang ke peringkat seterusnya dan mengharapkan keputusan seri atau kalah pasukan Daegu FC ketika perlawanan terkakhir bertemu Lion City Sailors setakat hari ini.

Untuk pengetahuan kita semua kedudukan terkini pasukan JDT berada di tempat keempat terbaik dari kesemua kumpulan yang berada di tempat kedua terbaik dalam kumpulan masing masing.JDT berada dibelakang pasukan (1)Jeonbuk Hyundai Motors 7mata,(2)Melbourne City 5mata,(3)Daegu FC 4mata,(4) JDT 4mata hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan gol.

Peluang pasukan JDT masih terbuka bagi mengharungi saingan ACL 2022,hari ini JDT bakal berdepan Guangzhou FC bagi perlawanan kedua disusuli pada 30hb April menentang pasukan Ulsan Hyundai pertembungan ini amat penting ibarat perlawanan final bagi JDT dan melengkapi perlawanan terakhir dalam peringkat kumpulan I.JDT harus memastikan 3 mata penuh diperolehi jika ingin meneruskan langkah ke peringkat kalah mati.

Ayuh bangsa Johor ayuh peminat bolasepak negara sama sama kita beri sokongan kejayaan milik kelab JDT agar dapat mengharumkan nama negara sebagai wakil pasukan yang bertaraf antara terbaik di Asia.

DEMI PERUBAHAN INDUSTRI BOLASEPAK NEGARA


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading