Bola Sepak Semasa

Peminat kritik keputusan pinda jadual Liga Super


Tindakan Malaysian Football League (MFL) mengumumkan jadual perlawanan Liga Super membabitkan perlawanan ketujuh sehingga ke-10 musim ini bakal dipinda bagi memberikan laluan kepada persiapan skuad senior kebangsaan dan skuad bawah 23 tahun (B-23) dikritik oleh sebahagian peminat bolasepak tempatan.

Sebanyak enam perlawanan Liga Super akan dipinda bagi memberi ruang kepada pasukan kebangsaan mengharungi kejohanan di pentas antarabangsa.

Seorang penyokong, Ahmad Nadim yang memuatkan komen di status Facebook MFL berkata, pindaan bakal menyaksikan jadual Liga Malaysia musim 2022 menjadi semakin padat.

“Banyak rehat nanti jadual jadi lebih padat. Untung pada team yang ada feeder club. Asyik tangguh ja macam mana nak meriah, katanya.

Komen yang sama turut dimuatkan seorang penyokong, JBean Wex yang menyatakan rasa ralatnya kerana telah membuat persiapan dengan membeli tiket penerbangan ke Sabah.

Bagi Syamin Wafiuddin pula, dia melihat sebarang perubahan jadual merencatkan perjalanan liga sekaligus memberikan kesan kepada penaja.


“Rugi sponsor Liga M…Cuti ikut suka ikut hati dia…patut banyak kelab tidak ada sponsor…gaji xbayor,” ujarnya.

Bagaimanapun, masih ada penyokong yang melihat sisi positif apa yang diusahakan oleh MFL kerana mampu membantu pasukan kebangsaan membuat persiapan terbaik.

Bagi M Uzaiez Farhan, ketua jurulatih pasukan kebangsaan tidak akan mempunyai alasan lagi jika gagal mempersiapkan pasukan kebangsaan kerana telah memberikan masa yang secukupnya kepada mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam dalam reaksinya sebelum ini menjelaskan,  pihaknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pengurusan skuad kebangsaan dan B-23 serta pihak pengurusan kelab-kelab berkaitan sebelum penetapan tarikh baharu.

“Kita mahu memberikan peluang kepada pasukan kebangsaan menjalani latihan pusat bermula 19 Mei 2022 bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 8 Jun 2022.
“MFL juga ingin memaklumkan bahawa pindaan jadual seterusnya mungkin terpaksa dilakukan dengan mengambil kira kelayakan ke peringkat seterusnya (pusingan kalah mati) oleh mana-mana kelab Liga Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC di dalam pertandingan anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC),” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: