Antarabangsa Bola Sepak EPL

Maguire terima ancaman bom sehari selepas MU tewas


Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire dilaporkan menerima ancaman bom dan Polis Cheshire kini sedang menyiasat perkara tersebut, lapor AFP.

Polis telah menerima laporan tersebut pada Rabu dan anjing pengesan bahan letupan telah dihantar pada petang Khamis untuk membuat pemeriksaan dan mengeledah sekitar kawasan rumah.

Jurucakap Maguire berkata, pemain berusia 29 tahun itu menerima ancaman serius namun keselamatan keluarga sentiasa menjadi keutamaannya.

Ancaman itu muncul selepas sehari selepas skuad kendalian Ralf Rangnick tersebut diaibkan 0-4 Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield.

Tambah jurucakapnya, pemain tersebut akan terus bersedia untuk menghadapi aksi liga seterusnya namun enggan mengulas lanjut kejadian tersebut buat masa sekarang.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: