
JDT berjaya mengikat pasukan pilihan Kumpulan I, Kawasaki Frontale tanpa jaringan pada aksi ketiga AFC Champion League 2022 di Stadium Sultan Ibrahim pada Khamis.
Tidak banyak peluang dicipta oleh kedua-dua pasukan pada perlawanan itu menyaksikan Harimau Selatan masih kukuh sebagai pendahulu Kumpulan I dengan tujuh mata manakala Kawasaki Frontale di tangga kedua dengan lima mata.
Peluang dilihat terhad bagi kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama dan peluang terbaik JDT dapat dilalukan menerusi Corbin Ong yang merembat terus ke arah pintu gol lawan namu ditepis penjaga gol Kawasaki Frontale, Jung Suryoung.
Bagaimanapun, lawan juga mempunyai ruang terbaik untuk melakukan gol awal pada Minit ke-12 dan 26 namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Harimau Selatan.
Kawasaki Frontale juga mempunyai peluang terbaik untuk sekurang-kurang memperolehi gol menerusi Asahi Sasaki pada separuh masa kedua namun rembatan dari luar kotak penalti terkena tiang walaupun Farizal Marlias sudah tertewas.
JDT juga dilihat sukar untuk menembusi benteng yang dicipta oleh lawan yang berjaya menghidu dan menghalang setiap gerakan yang mahu diciptakan untuk menjaringkan gol.
Kedua-dua pasukan akan kembali bertemu pada 24 April bagi perlawanan keempat Kumpulan I.
Bagi satu lagi aksi adalah membabitkan pasukan Ulsan Hyundai yang berada di tangga ketiga bertemu pasukan tercorot, Guangzhou FC yang masih belum meraih sebarang sejak tiga perlawanan lalu.
Add Comment