Bola Sepak Terkini

ALIF minyak masak rasmi Liga Malaysia


 

Minyak masak ALIF diumumkan sebagai penaja Liga Malaysia melalui Perjanjian tajaan bersama dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk tahun 2022.

Perkara tersebut diumumkan sewaktu acara berbuka puasa yang dihadiri Presiden MFL, Dato Ab Ghani Hassan serta Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

Perjanjian tajaan bersama untuk tahun 2022 telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan Sime Darby Oils (SDO), Mohd Haris Mohd Arshad
SDO memperkenalkan produk terbaharu ‘Minyak Masak ALIF Diperkaya dengan Vitamin D3’, selaras dengan komitmen syarikat tersebut untuk menawarkan produk berkualiti kepada para pengguna Malaysia.

“Musim bola sepak pada kali ini bakal beraksi dengan lebih meriah, terutamanya selepas terpaksa ‘berehat’ seketika ekoran pandemik COVID-19.

“Kami berhasrat untuk menghangatkan lagi suasana kemeriahan acara sukan ini dengan pelbagai aktiviti yang akan mendekatkan lagi ALIF dan bintang bola sepak Malaysia dengan para peminat bola sepak tanahair,” katanya.

Sementara itu, Stuart Ramalingam berkata penyertaan ALIF sebagai minyak masak rasmi adalah suatu yang mengujakan bagi arena bola sepak tempatan, kerana ia membawa mesej yang positif bahawa liga bola sepak tempatan mempunyai tarikan yang tersendiri.

Liga Malaysia dianggarkan mempunyai 21 juta para peminat di seluruh Negara (40% daripadanya adalah wanita), 350 perlawanan dalam satu musim, lebih 1.6 juta penonton di stadium, dan lebih 7.5 juta pengikut di media digital.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: