Bola Sepak Semasa Terkini

JDT kejutkan juara ACL 2020


Foto : JDT FC

JDT memperolehi kemenangan bermakna mengatasi pendahulu K-League, Ulsan Hyundai 2-1 bagi aksi kedua Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.

Kemenangan tersebut menjadi tonik berguna buat pendahulu Liga Super itu sebelum berdepan juara Liga Jepun, Kawasaki Frontale pada 21 April ini.

Harimau Selatan terlebih dahulu berada di hadapan seawal minit ke-3 menerusi rembatan penyerangnya, Fernando Forestieri bagi mengejutkan juara ACL 2020 tersebut.

Perlawanan yang beraksi dalam tempo yang tinggi berjaya diserapkan oleh JDT bagi mengimbangi tempo yang cuba dicorakkan oleh Ulsan Hyundai.

Gol penyamaan yang dilakukan oleh lawan akhirnya muncul pada minit ke-53 menerusi Um Wong Sang untuk mengikat kedudukan 1-1.

Bagaimanapun JDT kembali bangkit berada di hadapan pada minit ke-80 menerusi penyerang berbisanya Bergson Da Silva bagi memastikan tuan rumah meraih tiga mata dan kekal sebagai pendahulu Kumpulan I dengan enam mata selepas dua perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: