Bola Sepak Semasa Terkini

KDA kembali ke tangga dua liga super, TFC raih kemenangan pertama


FOTO : KDA FC

Oleh: HASYA

Pertembungan ‘Northern Derby’ pada Ahad berpihak kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC yang bangkit mengatasi Penang FC 2-1 di Stadium Bandaraya sekaligus kembali merampas nombor dua Liga Super 2022 daripada Sabah FC.

Skuad kendalian Aidil Sharin kini mengumpul 12 mata selepas lima perlawanan manakala Sabah FC di tangga ketiga dengan sembilan mata selepas tewas 2-0 kepada Kuala Lumpur City FC pada Sabtu.

Harimau Kumbang perlu menyalahkan diri sendiri selepas terlebih dahulu selepas berada di hadapan 1-0 menerusi Hilal Al-Hewe namun gagal mempertahankan keputusan tersebut pada separuh masa kedua.

Sang Kenari bangkit menerusi Ronald Ngah Wanja hasil sepakan penalti pada minit ke-62 dan jaringan pada minit ke-66 melalui serangan balas pantas yang dilakukan oleh pasukan tersebut.

Sementara itu di Stadium Negeri di Sarawak, Terengganu FC (TFC) berjaya mencatatkan kemenangan pertama mereka daripada tiga aksi dengan menundukkan tuan rumah, Sarawak United FC 2-0.

Jaringan pelawat diperolehi menerusi Kpah Sherman seawal minit ke-8 sebelum sebelum Zuasyraf Zulkiefle memastikan tiga mata milik menjadi milik pasukan itu dengan gol kedua pada masa kecederaan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: