Bola Sepak Semasa Terkini

KL City sekat Sabah FC catat kemenangan


 

Sumber Gambar : KL City FC 

Oleh: HASYA

Kuala Lumpur City FC menemui kemenangan kedua apabila berjaya mengejutkan pasukan yang sedang meningkat naik dari Borneo, Sabah FC 2-0 pada aksi kelima Liga Super 2022 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada sabtu.

Skuad Sang Badak kendalian Datuk Ong Kim Swee gagal meneruskan rentak kemenangan yang diraih tiga kali sebelum ini namun masih berada di tangga kedua liga super dengan sembilan mata selepas pencabar terdekat, Kedah Darul Aman FC hanya akan turun beraksi menentang Penang FC pada Ahad.

KL City FC memperolehi gol menerusi Romel Romales pada minit ke-36 dan 88.

Di Paroi, Negeri Sembilan FC berjaya mengekang kebangkitan Pj City FC apabila menewaskan pasukan tersebut 3-1 hasil jaringan penalti Herold Goulon pada minit ke-45, Sean Selvaraj pada minit ke-81 dan Matheus Alves pada minit ke-86.

Gol saguhati pelawat pula dijaringkan oleh penyerang sensasi mereka, Darren Lok pada minit ke-84.

Sumber Gambar : Melaka United FC

Sementara itu di Kuantan, Sri Pahang FC masih gagal meraih tiga mata selepas tiga aksi liga super apabila terbaru tewas 2-1 kepada Melaka United FC.

Melaka United FC yang kini dipimpin sementara oleh Penolong Ketua Jurulatih, Mohd Asri Ninggal meraih kemenangan pertama dan gol diperolehi menerusi Emmanuel Oot pada minit ke-51 dan Hasbullah Abu Bakar pada minit ke-70.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: