Bola Sepak Semasa Terkini

Vidakovic jurulatih pertama dipecat di Liga M


Oleh: HASYA

Jurulatih Melaka United (MU) FC, Risto Vidakovic menjadi jurulatih pertama ditamatkan kontrak di saingan Liga Malaysia 2022.

Berdasarkan laporan yang dipetik melalui Berita Harian pada Khamis, Pemilik MUFC, Datuk Seri Justin Lim memaklumkan surat penamatan kontrak selaku jurulatih sudah ditandatanganinya dan diserahkan kepada jurulatih pada Rabu.

Penamatan kontrak susulan prestasi yang tidak membanggakan apabila sekadar meraih satu mata sahaja daripada empat perlawanan liga super.

Sang Kancil tewas 0-1 kepada PJ City pada aksi pertama dan mengutip satu mata apabila terikat 1-1 dengan Penang.

Pasukan tersebut kemudian kalah dalam dua perlawanan berdepan Sabah FC dan KL City FC.

Langkah penamatan kontrak tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan  penolong ketua jurulatih, Mohd Asri Ninggal akan melatih pasukan tersebut buat sementara waktu sebelum ketua jurulatih baharu diumumkan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: