Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Pengadil Bundesliga hentikan permainan,  benar pemain berbuka puasa



Oleh: HASYA
Pengarah Komunikasi Jawatankuasa Pengadil Jerman, Lutz Michael Frohlich menyokong tindakan pengadil Busdeliga,  Matthias Jollenbeck memberhentikan permainan untuk membenarkan pemain berbuka puasa.
Kejadian berkenaan dilaporkan kali pertama berlaku dalam saingan Bundesliga dan membolehkan pertahanan Mainz, Moussa Niakhate mengambil peluang itu berbuka puasa.
Selepas minum air, pemain tersebut telah berjabat tangan dengan Jollenbeck untuk mengucapkan terima kasih.


Menurut Frohlich, pihaknya menyokong tindakan pengadil mereka untuk membenarkan rehat ketika Ramadan atas permintaan pemain walaupun tiada arahan yang digariskan.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawana RB Leipzig dan Hoffenheim pada Ahad lalu, pengadil, Bastian Dankert telah memberikan Mohamed Siamakan rehat beberapa minit bagi berbuka puasa.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: