Bola Sepak Semasa Terkini

Kenari kalah besar, Harimau Selatan kekal dominan menang


AMMAR HAZIQ

Hasrat Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut dalam aksi Liga Super 2022 disekat Selangor FC apabila tewas 4-1 di Stadium Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad.

Sang Kenari dilihat tidak garang seperti biasa malah The Red Giant mendominasi babak separuh masa dengan menjaringkan dua gol menerusi Mukhairi Ajmal pada minit ke-26 dan Caion pada minit ke-34

KDA FC cuba bangkit pada separuh masa kedua namun tidak dibenarkan oleh tuan rumah malah mereka terus dihukum oleh jaringan Nor Hakim Hassan pada minit ke-84 dan sekali lagi menerusi Caion pada minit ke-87.

Pelawat bagaimanapun memperolehi gol saguhati menerusi Fayadh Zulkifli pada minit ke-91 untuk keputusan penuh 4-1 dan KDA FC kini jatuh ke kedudukan ketiga dengan sembilan mata selepas empat perlawanan.

Gambar JDT

Di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, pendahulu Liga Super 2022, JDT nampaknya belum mampu dicabar oleh mana-mana pasukan apabila terbaharu menjinakkan Terengganu FC (TFC) 2-1.

Dua jaringan Bergson Da Silva pada minit ke-8 dan 33 memastikan Harimau Selatan terus mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut bagi memastikan mereka berada di tangga pendahulu liga dengan 12 mata.

TFC pula meraih gol menerusi Kpah Sherman pada minit ke-33 dan kebangkitan yang cuba dilakukan mereka gagal apabila benteng JDT berjaya mematahkan gerakan yang cuba digerakkan oleh pelawat.

Di Stadium Negeri, Kuching, Sabah FC terus mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas terbaharu menewaskan Sarawak United FC 1-0 hasil sepakan penalti yang disempurnakan ketua pasukannya, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-80.

Pasukan Borneo ini kini berada di tangga kedua liga super merampas kedudukan tersebut daripada KDA FC namun berkongsi sembilan mata sama.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: