Bulan Ramadan ini bulan paling barakah yang dikaitkan dengan sambil kita menjalani ibadah puasa, kepada yang mampu dan mempunyai rezeki yang berlebihan inilah waktu paling afdal untuk bersedekah terutama kepada mereka yang miskin dan tidak berkemampuan. Semoga sama-sama baik yang memberi dan yang menerima itu turut mendapat rahmat Allah s.w.t….aminnn
Pun begitu, mari kita renung sejenak kepada ahli-ahli sukan kita ini, pemain-pemain bolasepak di Liga Malaysia khususnya yang tetap beraksi mewakili pasukan masing-masing di bulan ramadan ini, nasib mereka sebenarnya berbeza-beza.
Ianya bukan soal keputusan perlawanan, menang, kalah atau seri. Tetapi ianya soal gaji mereka sebagai pemain bolasepak profesional (kononnyalah) ada yang gajinya mewah dan dapat ‘ontime’ setiap bulan. Ada pula yang gajinya tidaklah mewah sangat tapi bersyukur juga dapat gaji setiap bulan walaupun kadang-kadang ‘ontime’ kadang-kadang lewat sedikit.

Yang sedihnya pulak, ada yang dapat gaji jenis bayaran tertunggak-tunggak, contohnya sekarang dah bulan April, mereka baru terima gaji Januari. Tertunggak gaji bulan Februari dan Mac. Situasi sebegini bila ditanya kepada sesetengah pemain katanya ini perkara biasa. Setiap tahun mereka alami situasi ini (ada pasukan-pasukan tertentu). Walaupun berdepan kepayahan dan
kesukaran tapi akhirnya hujung musim tunggakan itu dilunaskan juga……alhamdulillah….
Masyaallah….besar sungguh ujian yang mereka lalui, namun saya terharu kerana kuat sungguh keimanan mereka berdepan ujian ini, dek kerana sukan yang mereka cintai itu, soal beli dan jual semula atau masuk kedai pajak gadai terpaksa mereka lalui. Bayangkan kalau kita ni yang bekerja dengan syarikat-syarikat yang turut mengamalkan pendekatan yang sama macam ni, rasanya dah lama hangus syarikat tersebut.
Namun ada satu lagi kategori paling ‘gaban’ dan paling ‘brutal sekali. Kategori paling dahsyat daripada yang dapat gaji tertunggak-tunggak tapi yang ini jenis yang langsung belum terima gaji sejak awal
musim dan dah berbulan-bulan lamanya ( ada yang dah tiga atau empat bulan melahooo ni ). Ini bukan Masyaallah……ini Nauzubillah min zalik…… Allah hu akbar…
Nak hidup macam mana ni, perut nak isi, rumah atau rumah sewa nak bayar (kalau loan bank asyik call je), kalau ada loan kereta mesti tak dapat bayar (3 bulan miss boleh kena tarik), kalau yang ada motor mesti dah jual, pergi ‘training’ tumpang kawan, bil air dan letrik lagi, belanja dapur dan anak bini (bagi yang dah berkeluarga)….

Menitik air mata kalau bayangkan ianya berlaku kepada kita….memang bakar boot dan jersilah jawabnya….ramai yang desak berhenti je, takyah main dah, cari kerja lain dan macam-macam….tapi mereka degil…tunggu dan tunggu penuh harapan
walaupun ‘suffer’ kerana mrreka tetap kerja (main) tapi takde gaji. Ya…kita pun tak faham…kenapa sekejam itu mereka buat pada diri mereka sendiri….mereka ada pilihan……tapi mereka teruskan juga sebagai pemain bolasepak…..inilah bolasepak……..’its about passion’ yang mengatasi segala-galanya. Tabikkk pada mereka semua.
Pada ketika kita bersorak-sorak datang ke Stadium menyaksikan perlawanan, tak ketinggalan juga yang mengikutinya secara langsung di saluran Unifi dan Youtube, rupa-rupanya ada di antara mereka atau pasukan yang sedang kita sokong dan tonton itu sedang beraksi dengan jiwa yang kosong dan berbelahbagi, mereka bagaikan sedang bersandiwara, terus beraksi ibarat sebuah lakonan hidup semata-mata, mereka tidak
seperti pemain bolasepak profesional (?) yang dilayan sesuai dengan maksudnya, dan kita sebenarnya bagaikan sedang menonton game ‘play station’ Fifa 2020. Begitulah tragisnya keadaan bagi beberapa pasukan bolasepak kita yang sedang beraksi di Liga tersohor di negara ini.
Inikah yang berhak mereka terima? Ibarat lilin yang membakar diri mereka untuk menerangi Stadium-stadium kebanggaan masing-masing dan kita berduyun-duyun dan berpusu-pusu masuk ke Stadum, seronok serta terhibur bersama kaum keluarga dan teman-teman sepenyokong, bersorak gembira saat meraikan jaringan gol pasukan kesayangan atau pemain pujaan. Kerana apa kita lakukan semua itu?…….Kerana mereka yang nampak gembira dalam duka itu sebenarnya
mewakili kita…..ya mewakili kita….tetapi adilkah kita kepada mereka……adilkah kita kepada mereka????
Di bulan Ramadan yang mulia ini dan di hari lebaran yang bakal menjelma nanti, wahai pemilik pasukan yang bertanggungjawap (kalau masih bertanggungjawap dan tidak lari dari tanggungjawab), wahai golongan pemurah dermawan dan hartawan, wahai syarikat-syarikat pembayar cukai dan zakat, wahai pemimpin-pemimpin kerajaan negeri, ‘pandanglah dan bantulah mereka sepertimana kamu membantu golongan-golongan asnaf, B40 dan fakir-fakir miskin dan janganlah kamu membeza-bezakan atau merendah-rendahkan mereka itu kerana mereka-mereka itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab kamu’………amin ya rabal al amin….
Dr Pekan Ramli
Add Comment