Bola Sepak Semasa Terkini

Jurulatih Tok Gajah tanya mana VAR?


 

AMMAR HAZIQ

“Kami rasa ‘dirompak’, tak faham kenapa VAR tiada di sini kerana teknologi ini sudah diguna di mana sahaja,” kata Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel yang rasa mereka perlu diberikan sekurang-kurangnya satu gol.

Gamel mengulas demikian selepas pasukannya tewas tipis mereka 1-0 kepada Kedah Darul Aman FC pada aksi ketiga Liga Super 2022 pada Rabu.

Tok gajah memperolehi dua gol menerusi David Rowley pada minit ke-62 dan Johan Martial pada minit ke-80 namun dibatalkan oleh pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir kerana didakwa of-said dan ada kekasaran yang dilakukan.

Gambar: Sri Pahang FC

Dakwa Gamel, tandukan salah seorang pemainnya juga sudahpun melepasi garisan gol tuan rumah pada penghujung perlawanan sebelum ditanduk keluar oleh pemain Kedah, Azamuddin Akil.

Dalam pada itu, jurulatih Perancis itu juga mengakui membenarkan penjaga gol mereka, Mamadou Samassa turun membantu serangan Tok Gajah mengempur kubu lawan pada minit-minit akhir.

Samassa hampir menyamakan kedudukan menerusi ‘bicycle kick’ dan tindakan beraninya menjadi bualan penyokong bolasepak tempatan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: