Bola Sepak Komentar Rencana

Keputusan Abang ‘FIFA’ pun dipertikaikan,apa sudah jadi?


Foto – Bernama

IZAHAR ATAN @IA

Sebelum ini negara dikejutkan dengan tragedi banjir kilat dan timbul lah kisah viral fenomena Abang ‘ VIVA’. Kini lain pula ceritanya tentang Abang ‘FIFA’

Kebelakangan ini makin kerap tugas si baju hitam dipertikaikan sama ada betul atau salah sesuatu harus dilakukan demi menjaga keharmonian bolasepak negara terkawal.

Banyak insiden yang menjadi tanda tanya kepada peminat bolasepak negara apakah kelayakkan yang meniup wisel ini belum sampai tahap apa yang kita inginkan. Liga kita baru sepak mula masuk ke perlawanan ketiga namun boleh dikatakan setiap perlawanan ada sahaja kontraversi yang terpalit.

Ramai yang menyuarakan ketidak puashatian terhadap keputusan pengadil dari pihak jurulatih,pemain malah peminat dan penonton pun sama.

Apa sudah jadi, apa yang tidak kena lencana didada mengambarkan kelayakan mereka telah terbukti sahih dan tidak seharusnya dipertikaikan. Siapa dan badan mana yang harus dipertanggungjawabkan untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perkara ini(damage control).

Si baju hitam tidak dibenarkan memberi keterangan demi untuk mempertahankan diri, adakah adil bagi mereka begitu juga dipihak jurulatih akan dihukum jika silap membuat keterangan.Jika tidak pihak mana yang harus mengambil tanggungjawab memberi respon dalam kadar segera untuk memastikan perasaan amarah semua pihak menjadi reda.

Kita kini berada dizaman digital segalanya berada dihujung jari tindakan cepat harus diambil,tidak seperti dulu zaman analog lambat dan lama untuk sesuatu tindakan mahupun keputusan dibuat.”VAR” disebut sebut adakah kita pasti segala permasalahan akan selesai melalui VAR sedangkan itu hanya sebuah teknologi yang masih diurus tadbir oleh manusia.

Bangkit dan proaktif pihak yang harus bertanggungjawab jika si baju hitam berada dalam keadaan yang benar perjuangkan untuk mereka seadilnya jika sebaliknya lakukan sesuatu tindakan agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi dan tingkatkan kualiti mutu pengadil bolasepak negara kita.

Sebelum ini kita bangga dengan nama nama besar yang menjadi pengadil bolasepak negara yang bertugas diperingkat tertinggi hingga ke Piala Dunia,seperti contoh arwah Kapten Halim Abdul Hamid,bertugas sebagai pembantu pengadil ketika David Beckham dilayangkan kad merah pada Piala Dunia edisi Perancis 1998, Mat Lazim Awang sekali lagi kelibat orang Malaysia muncul pada Piala Dunia 2002 yang mana buat pertama kalinya dua negara Asia menjadi tuan rumah.(Korea Selatan/Jepun) begitu juga dengan Subkhiddin Mohd Salleh terlibat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Ramai lagi nama besar yang saya ingat seperti Mejar Kamaruddin,Nik Ahmad Yaacub yang juga diberikan jolokan seperti Collina satu ketika dulu dan Mohd Nazri Abdullah dalam dunia pengadilan bolasepak negara yang mempunyai kualiti.

Saya berharap pihak yang bertanggungjawab lakukan sesuatu demi memartabatkan si baju hitam mahupun abang fifa ini dihormati dan diiktiraf oleh industri bolasepak negara. Dimanakah pengadil berstatus professional? Sudah tiba masanya liga kita menitikberatkan pengadil sepenuh masa bukan lagi secara sambilan.

Kos untuk mengadakan sistem VAR bukan kecil untuk diadakan memakan jutaan ringgit adakah kita mampu dan bersedia tapi barang harus diingatkan Thailand dan Vietnam sudah tersedia.

Akhirkata sekali air bah pantai berubah,kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai inilah nasib yang menimpa si baju hitam ditengah menjadi tumpuan rampai hanya menunggu detik kesilapan keputusan dibuat,sedangkan ada juga kesalahan datangnya dari pihak pemain atau ‘coaching staff’ dan ada juga sesetengah pihak pengurusan yang lakukan provokasi mengecam pengadil dari luar padang dengan terjerit terlolong lolong dari tempat penonton mengambarkan sifat tidak professional mereka yang tidak sedikit pun membantu industri sama sekali.

Marilah kita sama sama bantu si baju hitam,jangan sampai ada yang mengatakan mereka ini dikawal dari jauh dan dibeli sedangkan mereka tidak bersalah.Mereka juga manusia biasa punyai perasaan yang sama ada yang betul bersalah dihukum tapi jika sebaliknya harus dipertahankan dengan tindakan yang cepat jangan ‘LEMBAB’.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d