Antarabangsa Bola Sepak

Gagal ke Piala Dunia 2022 di Qatar, pengendali Mesir letak jawatan


 Carlos Queiroz

 

PENGENDALI Mesir, Carlos Queiroz mengumumkan perletakkan jawatannya susulan gagal membimbing pasukan beraksi di pentas Piala Dunia 2022 di Qatar.

Mesir tersingkir dari saingan perebutan tiket Piala Dunia 2022 setelah tewas menerusi penentuan penalti kepada Senegal dalam perlawanan di Stadium Olimpik Diamniadio, Dakar, Rabu awal pagi tadi.

Difahamkan Persekutuan Bola Sepak Mesir (EFA) sebenarnya mahu melihat kemungkinan untuk mengekalkan Queiroz lebih lama namun bekas jurulatih Colombia, Iran dan Portugal itu segera mengumumkan pemergiannya.

“Masa untuk saya menyerahkan jawatan saya di Mesir kepada orang lain.

“Impian saya hari ini adalah untuk membawa Mesir ke Piala Dunia, tetapi (jurulatih) Cisse layak bersama Senegal. Permainan sudah berakhir. Malangnya kami tidak layak ke Piala Dunia.” kata Queiroz.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: