AMMAR HAZIQ
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan amaran keras kepada pemain Sabah FC, Mohd Rizal Mohd Ghazali agar
tidak mengulangi tindakan tidak mahu melapor diri ke kem latihan pusat pasukan kebangsaan, Harimau Malaysia selepas ini.
Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, surat amaran dikeluarkan agar pemain tersebut menghormati
panggilan skuad kebangsaan jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan.
Menurutnya, Mohd Rizal sudah pun menjawab surat tunjuk sebab kepada FAM.

“Sebagai peringatan tambahan, Mohd Rizal diingatkan agar tampil melapor diri terlebih dahulu dan mengemukakan sebab
kepada pengurusan pasukan kebangsaan seandainya ada alasan kukuh untuk menarik diri daripada menyahut panggilan kem
latihan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, Mohd Rizal diletakkan dalam senarai bersedia telah dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon bagi
menggantikan pemain Johor Darul Ta’zim, Mohd Syahmi Safari yang meminta pengecualian untuk tidak melapor diri ke kem
latihan pusat kali ini kerana menyambut kelahiran anak kembar tiganya.
Berikutan keengganan Mohd Rizal untuk melapor diri, Pan Gon telah memanggil seorang lagi pemain dari Senarai Bersedia
iaitu Ahmad Khuzaimi Piee untuk menggantikan tempat Syahmi dan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC itu hadir
melapor diri pada 14 Mac 2022.
TAMAT
Add Comment