AMMAR HAZIQ
Video percubaan voli jarak jauh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengegarkan tiang gol veteran PDRM Kedah pada aksi persahabatan pada Ahad menarik perhatian netizen.
Individu berusia 48 tahun tersebut itu juga membuktikan dirinya mempunyai sentuhan gol apabila turut membantu menjaringkan gol kemenangan pasukan veteran MB Kedah mengatasi pasukan lawan 1-0 di Stadium Darul Aman.

Perlawanan tersebut diadakan sempena Majlis Perasmian Penutup Piala Ketua Polis Kedah 2022 sempena Peringatan Hari Polis ke-215.
Tinjauan Cakap Sukan di media sosial rata-rata memuji keupayaan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) itu yang masih mampu beraksi di padang dengan baik walaupun sibuk menguruskan pentadbiran negeri.

“Harap KPG (Jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon) dapat call up dia (Sanusi),” tulis seorang netizen, Mohd Rfan.
Seorang lagi netizen, Asri Mohamed turut mengusik dengan menyatakan Muhammad Sanusi boleh menerima anugerah puskas jika percubaan voli terus menerjah gawang gol.
Tamat
Add Comment