Bola Sepak

Gagal sepakan penalti, pertahanan rapuh punca tewas di tangan Singapura


KEGAGALAN Safawi Rasid menyempurnakan sepakan penalti dan kerapuhan benteng pertahanan membayangi kekalahan 1-2 Malaysia di tangan Singapura pada aksi persahabatan Antarabangsa yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura, Sabtu malam.

Pada perlawanan yang berlangsung malam ini, dua jaringan Singapura dihasilkan Ikhsan Fandi yang kini turut menyinar di BG Pathum United di Liga Thai 1.

Singapura memperoleh jaringan pertama perlawanan menerusi satu serangan balas disudahkan Ikhsan Fandi pada minit ke-30 untuk keputusan 1-0 sehinggalah tamat babak pertama.

Malaysia seharusnya menyamakan kedudukan pada minit ke-47 selepas dihadiahkan sepakan penalti namun gagal disempurnakan Safawi Rasid.

Pemain yang sering mendapat kritikan peminat, Liridon Krasniqi masuk sebagai pemain gantian berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57 menerusi satu serangan balas pantas Malaysia.

Singapura walaubagaimanapun berjaya menjaringkan gol ke-2 pasukan menerusi gerakan solo cantik Ikhsan Fandi pada minit ke-76 dan keputusan ini kekal sehingga tamat perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: