Bola Sepak

Dr Johan dedah tiada bantuan diterima Selangor sejak Julai 2018, TMJ ucap syabas


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC (SFC) Dr Johan Kamal Hamidon mendedahkan bahawa SFC tidak pernah menerima bantuan kewangan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut Johan, Selangor tidak pernah menerima sebarang bantuan sepanjang berada di bawah kepimpinan Raja Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Memandangkan ramai yang bertanya, saya ingin menjelaskan bahawa di bawah kepimpinan Tuanku RMS sejak Julai 2018, Selangor tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dari pasukan lain.

“Dana kelab hanyalah daripada penaja rasmi dan aktiviti pengkormesialan sahaja,” tulisnya di Twitter bagi menjawab pertanyaan mengenai isu tersebut.

Perkara tersebut timbul selepas Sabtu lalu, TMJ mendedahkan bahawa selain Selangor, beliau turut membantu Penang, Kelantan, Melaka dan terbaharu Perak FC berkaitan dengan isu gaji pemain.

Beberapa jam selepas penjelasan Johan itu, Tunku Ismail turut membuat pencerahan bahawa bantuan yang diberikan kepada Selangor itu ketika berada di bawah pimpinan Datuk Seri Subahan Kamal (2017-2018).

 

Saya memberi bantuan pada masa Dato Subahan dulu. Zaman2 Selangor masih hebat dan champion. Sekarang ni semenjak Raja Muda Selangor ambil alih dgn expert bola sepak tanah air, dan terima banyak bantuan duit daripada kerajaan maka mereka tak perlu bantuan. Syabas saya ucapkan.”


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: