Bola Sepak

Pan-gon hairan kenapa Malaysia gagal rangkul kejuaraan Piala AFF 2020


Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

“MALAYSIA seharusnya menjuarai Piala AFF 2020 yang berlangsung di Singapura, hujung tahun lalu”, itulah persoalan dan pandangan dibangkitkan pengendali baharu, Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Pemain sayap lincah negara, Muhammad Faisal Abdul Halim berkata persoalan dan pandangan jurulatih dari Korea Selatan itu disuarakan kepada barisan pemain negara yang kini berada dalam kem latihan pusat menjelang aksi persahabatan Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura hujung bulan ini.

Pan Gon turut berpandangan bahawa skuad Harimau Malaya yang dibimbing bekas pengendali Tan Cheng Hoe sepatutnya muncul juara kejohanan dwitahunan itu sekali gus merangkul gelaran kedua sejak kali terakhir memenanginya pada 2010.

“Dia (Pan Gon) kata kenapa kita tak menjuarai Piala AFF, dia kata kita sepatutnya juara, dia cakap kita pasukan yang bagus dan dia datang ke sini bukan untuk melatih atau mengajar kita, dia datang sini untuk menyokong kita dan beri satu perubahan,” katanya.

Tambah Faisal lagi, pandangan disuarakan Pan Gon menampakkan kesungguhannya yang luar biasa, malah jurulatih turut mahukan setiap pemain negara masing-masing memikirkan akan nama baik yang dibawa ketika mewakili skuad kebangsaan.

Ujar Faisal, Pan Gon berkata:”Saya orang Korea saya boleh latih awak semua begitu tegas tetapi saya tak nak sebab awak semua profesional, awak boleh fikir you’re a father, a son, you’re a man and you’re a boyfriend.

Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura esok bagi memulakan saingan Siri Tiga-Negara FAS menentang Filipina pada Rabu dan skuad tuan rumah (26 Mac) pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1.

Pasukan bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC pada 28 Mac ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: