Bola Sepak

“Kalau ‘brother’ jadi pemain play for 90 minutes without payment…” – Yusri


Aksi pemain Perak FC bertemu PDRM FC di Stadium Perak, Ahad malam. Foto: MFL

KETUA jurulatih Perak FC Yusri Che Lah tampil pada sidang media selepas perlawanan bertemu PDRM FC hanya mengambil masa kurang daripada dua minit.

Pengendali berusia 45 tahun itu diajukan soalan mengenai persembahan pemain pada babak kedua perlawanan.

Dengan nada serius, Yusri menjawab: “Saya nak tanya, kalau ‘brother’ jadi pemain play for 90 minute for without payment, better your idea ask question…okay next…thank you.”

 

Memahami konflik berpanjangan melanda skuad The Bos Gaurus melibatkan gaji yang terus tertunggak pastinya tidak boleh banyak yang diharapkan oleh pasukan.

Namun pemain-pemain terus mencuba yang terbaik dalam setiap aksi.

Ketika aksi Liga Premier bertemu PDRM FC di Stadium Perak, anak buah Yusri ini berjaya menjaringkan gol awal minit-ke-13 menerusi Royyizat Daud pada minit ke-13.

Bagaimanapun rentak permainan pada babak kedua berubah apabila PDRM FC bangkit merakam tiga gol menerusi Martin Adamec (m-64), dan Mirbek (m-74,78) sekaligus mengutip tiga mata penuh.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: