Bola Sepak

Ayah tidak sihat mungkin punca Rizal tolak panggilan ke kem latihan HM


Rizal pulang ke kampung awal minggu ini. Foto: IG Rizal

PENOLAKAN pemain pertahanan Rizal Ghazali menyertai kem latihan skuad kebangsaan kemungkinan besar berkaitan kesihatan ayahnya.

Tanpa membuat sebarang penjelasan rasmi mengenai punca penolakan tersebut, pemain Sabah FC berusia 30 tahun itu berkongsi sekeping gambar ayahnya berada di hospital, menjalani rawatan.

“Semoga sihat seperti biasa, jauh mana pun tetap anak mu berdoa Amin,” tulis Rizal di Instagramnya.

Malah dia turut berkongsi gambar bapanya berada di atas kerusi roda yang ditolak oleh pegawai kesihatan.

Memahami perkongsian tersebut, ia mungkin antara sebab utama Rizal menolak panggilan pasukan Harimau Malaya.

Sebelum ini, Rizal yang diletakkan dalam senarai menunggu menolak pelawaan sertai skuad kebangsaan bagi menggantikan Syahmi Safari yang memohon pengecualian kerana menyambut kelahiran bayi kembar tiganya.

Susulan daripada itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan Rizal berdepan dengan hukuman berat daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya terus dengan pendiriannya menolak pelawaan menyertai skuad kebangsaan tanpa sebarang alasan.

Bagaimanapun, Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon berkongsi bahawa dia tidak mahu terburu-buru menjatuhkan hukuman kerana perlu memahami masalah yang dihadapi pemain terlebih dahulu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: