Bola Sepak

Selangor antara pasukan yang TMJ pernah bantu… terbaharu Perak FC!


Oleh: SUBKHI SUDARJI/ MOHD IZARI ROSLI

PENAUNG Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan pernah membantu beberapa pasukan berkaitan isu gaji pemain termasuklah Selangor.

Tegasnya selain Selangor, beliau turut membantu Penang , Kelantan, Melaka United dan terbaharu Perak FC.

“Baru-baru ini saya ada bantu Perak FC (tiga hari lepas), pihak pengurusan Perak FC ada datang berjumpa dengan saya dan saya ada bagi sedikit sumbangan dan bantuan untuk bantu mereka.

“Saya tak boleh bagitahu berapa (nilai sumbangan) tapi saya ada bagi sikit untuk kurangkan beban Perak FC dan saya harap masalah tersebut boleh mereka selesaikan dalam masa terdekat,” ujarnya pada sidang media selepas meninjau keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Tambah Tunku Ismail lagi, sepanjang karier pembabitannya dalam bola sepak di dalam negara sudah banyak pasukan yang beliau tolong.

“Cuma saya tak bagitahu media sahaja, tetapi oleh kerana sahabat kita (wartawan) dah tanya… saya pernah tolong Selangor dua kali, saya pernah tolong Kelantan (dua kali) dan Penang (satu kali) dan Melaka (satu kali ).

“PFAM pun saya pernah bantu, banyak yang orang tak tahu, kini semua orang tahu.

“Kalau tak percaya boleh tanya tuan punya badan,” tambahnya.

Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau padang yang turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: