Bola Sepak

Sabah FC akan ‘siasat’ punca Rizal tolak panggilan ke skuad negara


PENGURUSAN Sabah FC tampil memberi kenyataan mengenai pemainnya Rizal Ghazali yang menolak panggilan ke kem latihan pasukan kebangsaan.

Menurut kenyataan, Sabah FC menyokong penuh dan sentiasa bekerjasama terhadap pasukan kebangsaan dan pemilihannya.

“Pengurusan Sabah FC akan menasihati Rizal Ghazali untuk memberi penjelasan terperinci kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) mengenai ketidakhadirannya.

“Sebelum ini, Rizal menyatakan dia akan pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk menguruskan hal peribadi keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizal berdepan hukuman berat daripada FAM

“Bagaimanapun pengurus Marzuki Nasir, akan berkomunikasi dengan Rizal untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai situasi ini kerana kami tidak membenarkan pemain kami menolak panggilan pasukan kebangsaan.

“Mewakili Harimau Malaya adalah satu pengiktirafan tertinggi yang mana seseorang pemain harus berasa bangga,” jelas kenyataan tersebut.

Rizal,29, yang berada dalam senarai menunggu menolak panggilan ke kem skuad kebangsaan bagi menggantikan Syahmi Safari yang meminta pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiganya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: