Bola Sepak

KPG terpaksa gugurkan Nazmi Faiz


PEMAIN tengah, Nazmi Faiz Mansor terpaksa digugurkan daripada skuad kebangsaan selepas mengalami kecederaan pangkal paha.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) FC itu mengalami kecederaan tersebut ketika menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya.

“Pengurusan pasukan kebangsaan memutuskan tidak akan memanggil pemain gantian dan sebaliknya meneruskan kem latihan dengan 29 pemain sedia ada buat masa ini,” jelas Ketua Jurulatih Kebangsaan Kim Pan-gon dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pasukan negara bakal berdepan dengan perlawanan persahabatan bertemu Filipina pada 23 Mac ini di Singapura sebelum bertemu tuan rumah pada 26 Mac yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura bagi aksi Persahabatan Peringkat 1 Antarabangsa.

Manakala satu lagi aksi persahabatan bertemu dengan kelab Liga Singapura, Albirex pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: