Bola Sepak

“Sebagai pemain perlu ketepikan sedikit masalah peribadi” – Safiq


Oleh : SUBKHI SUDARJI

BEKAS kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim menyifatkan mana-mana pemain yang dipanggil dalam kem latihan Harimau Malaya adalah satu penghormatan dan tanggungjawab buat negara.

Tegasnya, jika terpilih di antara 25 atau 30 pemain bagilah yang terbaik dań berikan tanggungjawab serta komitmen untuk pasukan negara.

“Saya tak boleh nak cakap atau komen apa-apa, mungkin ada sebab tersendiri, tidak boleh nak salahkan sesiapa, kita sendiri sebagai pemain perlu ketepikan sedikit masalah peribadi,” jelasnya ketika diminta mengulas keputusan bekas rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, Rizal Ghazali yang menolak panggilan menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan di Singapura hujung bulan ini.

Sebelum ini, FAM mengesahkan Rizal yang diletakkan dalam senarai menunggu menolak panggilan menyertai skuad kebangsaan bagi menggantikan Syahmi Safari.

Susulan itu, FAM mengumumkan pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee dipanggil  ke kem latihan pasukan kebangsaan bagi menggantikan Syahmi yang memohon pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiganya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: