Bola Sepak

Tanpa 10 pemain utama, Langkawi City FC tetap mampu hadirkan tentangan


Oleh : SUBKHI SUDARJI

BERAKSI tanpa 10 pemain utama yang terikat dengan majikan bukan halangan buat Langkawi City FC untuk memberikan tentangan sengit buat juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC sebelum aksi dengan kekalahan 0-8 malam tadi.

Dibarisi pemain muda dalam lingkungan 26 tahun ke bawah, pertembungan menentang skuad elit Liga Super yang dibarisi  beberapa pemain import serta pemain tempatan berpengalaman nyata menyukarkan pasukan Liga Amatur (M3) itu.

Namun bagi Penolong Jurulatih Langkawi City FC,  Ahmad Shahfikri Darus berkata, kehadiran mereka ke Kuala Lumpur merupakan satu pengalaman yang baik dan pendedahan buat barisan pemain muda.

“Kami di peringkat awal cuba membawa kesemua pemain utama namun disebabkan faktor-faktor tertentu, terikat dengan majikan masing-masing menyebabkan hampir 10 pemain utama tidak dapat bersama.

“Selepas tiga perlawanan di tempat lawan agar sukar mendapatkan kebenaran bermain di luar dan pada masa sama bekerja,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Tambahnya lagi, sasaran mereka memberi pendedahan kepada pemain telah terhasil walaupun keputusan perlawanan mengecewakan.

“Ketiadaan hampir separuh tonggak utama mengganggu perancangan kita, tapi dari segi positifnya pemain berjaya mencipta gerakan memburu gol dan memberikan tekanan kepada tuan rumah,” katanya.

Pada aksi di Stadium KLFA, Cheras itu, tuan rumah Kuala Lumpur City FC menang besar 8-0 menewaskan Langkawi City FC.

Gol-gol tuan rumah dijaringkan Fakhrul Aiman (m-13 dan m-29), J Partiban (m-15), Zhafri Yahya (m-45), Giancarlo Gallifuoco (m-73), Hadin Azman (m-76), Paulo Josue (m-86) dan Kevin Koubemba (m-89).

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: