Bola Sepak

Tahniah Syahmi sambut kelahiran bayi kembar tiga, Ahmad Khuzaimi ke kem latihan Harimau Malaya


PEMAIN pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee, yang sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia, dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini menjelang kunjungan ke Singapura minggu depan.

Ahmad Khuzaimi menggantikan Syahmi Safari, dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT), yang memohon pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiganya.

“Perancangan asal kami ialah menggantikan Syahmi dengan seorang pemain pada posisi yang sama, iaitu bek kanan tetapi pemain Sabah FC, Rizal Ghazali, menolak pelawaan.

“Atas sebab taktikal, pengurusan pasukan kebangsaan memberi peluang kepada Ahmad Khuzaimi membuktikan kemampuan sebagai pemain bek tengah berkaki kiri.

“Bagi pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pengurusan pasukan kebangsaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Syahmi seisi keluarga atas kelahiran ini,” jelas Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon dalam satu kenyataan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: