Bola Sepak

“Bukan level kita… Superior JDT terlalu bagus” – Jurulatih BRM FC


Foto: BRM FC

Oleh: SURYATI MOHD NOR

“BUKAN level kita,” itu luahan pengendali Budak Rumah Mudah FC (BRMFC) yang tewas besar 0-10 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim semalam (Ahad).

Jelas Ahmad Fairuz Yunus, bermain dengan JDT merupakan satu pencapaian yang besar buat pasukannya yang hanya baharu ditubuhkan tahun ini.

“Walaupun kita ada beberapa pemain berpengalaman tapi ia tidak mencukupi dengan JDT yang mempunyai pemain import. Kalau nak dibandingkan dengan pengalaman dan kualiti pemain yang ada… kita amat jauh. Tapi saya tetap berbangga dengan pemain saya dan akur dengan keputusan perlawanan.

“Saya rasa 90 peratus pemain dalam pasukan ini tidak pernah bermain dalam liga profesional. Ada amatur yang tidak training sepenuh masa, kita menjalani latihan lima kali seminggu berbanding dengan JDT yang setiap hari berlatih, pagi petang serta dengan staf coach yang lengkap. Jadi bagi saya tetap bangga pemain-pemain saya.

“Dapat bermain dengan JDT pun satu pencapaian yang besar. Tak pernah keluar bermain di stadium macam ni, tidak pernah keluar bermain dengan team besar Liga Super. Jadi saya rasa tak ada banyak ‘complaint’ terhadap pemain saya,” jelasnya selepas perlawanan.

Jelas Ahmad Fairuz, sebelum tiba di Johor ini mereka sudah melihat banyak pasukan Liga M3 mendapat jaringan besar bertemu pasukan Liga Super.

“Sudah tentu datang sini kami cuba nak kurangkan jaringan yang nak kena. Saya dah plan, tetapi level superior JDT terlalu bagus. Kita terkejut dengan gol awal. Konsep sama, strategi sama cuma gol awal ‘membunuh’ kita.

“Saya rasa kalau tak kena gol awal, mungkin kita dapat halang daripada dapat gol banyak. Namun bukan semua perancangan awal menjadi. Tetapi inilah yang pemain-pemain perlu pelajari menjelang perlawanan Liga M3 minggu depan,” tambahnya.


2 Comments

Click here to post a comment

Leave a Reply

  • Terbaek👍BRM FC, positive minds👍.
    Suka dgn CAPTION diorang…bukti orang2 sportsman yg POSITIVE MINDS…berbeza dgn mentaliti haters,jauh sekali cara berfikir BRM FC…tahniah & teruskan moga ada kejayaan. – dari Fans JDT
    We Move On👍👌✌️💪

%d bloggers like this: