Bola Sepak

PJFC gah tanpa import, KL City mudah benam Langkawi City FC


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PETALING Jaya City FC (PJFC) membuktikan tanpa dibarisi pemain import mereka mampu meraih kemenangan 2-1 mengatasi Kelantan FC pada aksi pusingan pertama Piala FA 2022 di Stadium MBPJ, sebentar tadi.

Tuan rumah yang memasuki musim kedua dalam saingan Liga Malaysia menggunakan sepenuhnya bakat pemain tempatan bangkit mengatasi Kelantan FC yang menurunkan tiga pemain import dalam kesebelasan utama.

Ketinggalan pada minit ke-18 menerusi jaringan Antar Mohammad, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Darren Lok selang lima minit kemudian dan keputusan seri 1-1 itu kekal sehinggalah tamat 45 minit babak pertama.

Bersambung babak kedua, PJFC dan Kelantan FC turut memiliki beberapa peluang untuk menambah jaringan gol namun ketumpulan penyudah menafikan impian pasukan.

Pemain gantian tuan rumah P Rajesh nyata menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan pada minit ke-79 untuk kemenangan 2-1 ke atas pelawat.

AKSI di Stadium KLFA Cheras pula menyaksikan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC menang besar 8-0 menewaskan Langkawi City FC.

Gol-gol tuan rumah dijaringkan Fakhrul Aiman (m-13 dan m-29), J Partiban (m-15), Zhafri Yahya (m-45), Giancarlo Gallifuoco (m-73), Hadin Azman (m-76), Paulo Josue (m-86) dan Kevin Koubemba (m-89).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: